AATB lancar dana pelaburan terbaru
WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Januari 2013
10 Januari 2013
AIA AFG Takaful Bhd (AATB) telah melancarkan dana berkait-pelaburan terbaru, dikenali ‘A DALI Equity Fund’ melalui usahasama bersama CIMB Wealth Advisors Bhd (CWA).
Ia bertujuan mencapai pertumbuhan modal yang konsisten dalam tempoh jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
Ketua Pegawai Eksekutif AATB, Wan Azman Wan Mamat berkata, perkongsian ini akan membolehkan AATB menguatkan perkongsian strategiknya dengan CWA, sekali gus meneguhkan lagi saranan pelan produk Takaful berkait-pelaburannya iaitu A-Mas.
“Dengan ini, pemilik sijil A-Mas kini boleh menikmati faedah terbaik dari dua dunia, iaitu peluang melabur dalam salah satu dana ekuiti Islamik yang terbaik dan memiliki perlindungan Takaful yang komprehensif dalam satu produk,” katanya.
Khas untuk pelanggan CWA, A-Mas sekarang boleh didapati dalam tiga jenis pakej pelan; Platinum, Emas dan Perak, yang menawarkan penyelesaian komprehensif dengan faedah kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh, kemasukan hospital dan pembedahan, kemalangan peribadi yang dipertingkatkan, penyakit kritikal dan pelepasan ke atas caruman.
“Salah satu daripada faedah tambahan A-Mas ialah A-Medik, yang telah diiktiraf sebagai Produk Takaful Paling Cemerlang di forum KLIFF 2012 kesembilan, yang menawarkan liputan untuk kemasukan hospital dan perubatan.
“Bersama-sama CWA, kini kami dapat menempatkan A-Mas sebagai produk Takaful yang lebih kuat, lebih kompetitif, dari segi faedah perlindungan dan pelaburan,” katanya.

No comments:
Post a Comment