Apakah itu Unit Amanah ( Unit Trust) ?
Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Dana tersebut akan diuruskan oleh sekumpulan pengurus professional yang akan melabur wang tersebut dalam pelbagai portfolio seperti ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.
Keratan Akhbar News Straits Times
Kelebihan Melabur Dalam Unit Amanah
Pelabur dalam saham amanah selalunya dapat menyertai sekuriti yang lebih luas berbanding pelaburan secara perseorangan. Dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sektor berbanding yang dibuat secara persendirian.
Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya.
Pengurusan Profesional sepenuh masa
Anda akan mendapat faedah daripada pengurus pelaburan yang profesional dan berpengalaman untuk menguruskan pelaburan anda sepenuh masa berbanding pelabur perseorangan yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Pengurus dana akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan anda dan memastikan wang anda dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah diselidik.
Urusniaga unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam sesebuah syarikat dimana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Pelabur di unit amanah boleh menjual sebahagian atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa.
Pertumbuhan modal
Pelaburan dalam unit amanah mempunyai potensi untuk memberikan para pelabur pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pengagihan pendapatan (jika ada) dan kenaikan nilai modal.
Cara Melabur Di Dalam Unit Amanah
Terdapat 3 Cara yang boleh digunakan untuk melabur di dalam unit amanah samada
1) Pengeluaran KWSP Akaun 1
2) Tunai
3) Simpanan Bulanan
Pihak KWSP telah mengumumkan beberapa perubahan dalam meningkatkan simpanan ahli-ahlinya.Antara perubahan yang dilakukan untuk memberi kita peluang meningkatkan simpanan kita ialah Skim Simpanan Asas yang akan bermula 1 FEB 2008.
Pelaburan Unit Amanah melalui pengeluaran simpanan ahli KWSP:
Apa itu Skim Pelaburan Simpanan Ahli KWSP
•Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
•Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
• Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai IPD yang diluluskan.
Sejarah Kewujudan Skim Pelaburan Ahli KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Skim Pelaburan Ahli pada bulan November 1996 sebagai respon terhadap saranan supaya ahli diberi pilihan untuk melaburkan simpanan mereka. Laporan akhbar menyatakan sebilangan besar ahli yang bersara telah menghabiskan simpanan mereka untuk kehidupan selepas bersara dalam masa 3 tahun sahaja.Dengan adanya skim pelaburan ahli ini, ahli dapat menambah simpanan persaraan mereka sebagai tambahan kepada dividen yang diberikan oleh KWSP. Ahli yang berkelayakan diberikan pilihan untuk membuat pelaburan dalam dana amanah atau syarikat pengurusan aset yang telah dilantik oleh Panel Pelaburan KWSP
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi
RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian
daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Definasi Simpanan asas.
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:
i . Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah
skim pegeluaran pelaburan ahli tidak melebihi 20% daripada jumlah
simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
ii . Pengeluaran untuk pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali
dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.
CONTOH PENGIRAAN KELAYAKAN
ASAS (RM) PENGIRAAN: SIMPANAN AKAUN 1 – SIMPANAN ASAS X 20%
KELAYAKAN
AHLI A: 22 thn RM4,000 – RM5,000 x 20% – AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG
DARIPADA SIMPANAN ASAS
B: 22 thn RM8,000 – RM5,000 x 20%
= RM600 AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM
KURANG RM1,000
C: 25 thn RM20,000 – RM9,000 x 20%
= RM2,200 AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM
RM1,000 DAN MAKSIMUM
RM2,200
D: 40 thn RM40,000 – RM44,000 x 20%
_
AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG
DARIPADA SIMPANAN ASAS
E: 45 thn RM100,000 – RM64,000 x 20%
= RM7,200
AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINUMUM
RM1,000 DAN MAKSIMUM
RM7,200
Maklumat tambahan untuk Pelaburan melalui KWSP.
i) Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) . Sila klik pautan berikut untuk muat turun borang. Borang ini juga boleh diperolehi daripada IPD yang diluluskan atau agen sah yang dilantik IPD.
ii) Kad Pengenalan Awam/ Kad Pengenalan Malaysia (Mykad)/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR);
ATAU
Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no.Polis dan no. Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama;
ATAU
Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum Ogos 1998.
(ANDA DINASIHATKAN MENYEMAK BAKI SIMPANAN AKAUN 1 DAN KELAYAKAN PELABURAN TERLEBIH DAHULU).
Kaedah Bayaran
KWSP akan memindahkan amaun pelaburan yang dipohon daripada simpanan anda secara terus kepada IPD berkenaan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh permohonan diterima.
Cara Permohonan Dihantar
• Permohonan perlu dihantar melalui mana-mana IPD yang dipilih dengan mengemukakan dokumen yang ditetapkan.
• Pihak IPD akan mengemukakan permohonan anda kepada KWSP untuk diproses.
• Anda dinasihatkan untuk melengkapkan satu borang permohonan sahaja bagi setiap pengeluaran yang dibuat. Pemindahan amaun pelaburan ini adalah tanggungjawab anda dan pembatalan pengeluaran selepas kelulusan diberikan adalah tidak dibenarkan.
No comments:
Post a Comment