Dina Ahmad



Mengenai Dina Ahmad
Nama sebenar pemilik blog ini ialah Nur Rahimah Binti Ahmad Mat Long.Remaja berusia 27 tahun ini telah dilahirkan pada 21 Mei 1986 di Felda Padang Piol, Jerantut, Pahang.Anak ke 7 kepada pasangan bahagia En.Ahmad @ Mat Long bin Nasir dan Puan Fatimah binti Ghani ini seorang yang sangat meminati bidang perniagaan, keusahawanan , kewangan dan motivasi.


Latar Belakang Pendidikan

Seawal usia 6 tahun, saya telah menimba ilmu di tadika kemas Padang Piol dan seterusnya menerukan pembelajaran selama 6 tahun mulai Darjah Satu hingga Enam di Sekolah Kebangsaan Padang Piol, Jerantut, Pahang. Berbekalkan keputusan yang memberansangkan di dalam peperiksaan UPSR iaitu 2A 3B, saya meneruskan pembelajaran ke Sekolah Menengah Padang Piol selama 3 tahun iaitu sedari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga.Melangkah masuk ke Tingkatan Empat, saya menerima tawaran ke Sekolah Menengah Teknik Kuantan dan mengambil jurusan Pengurusan selama 2 tahun di sekolah teknik tersebut.Pada tahun 2004, saya melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan dan tamat pengajian pada tahun 2008 dengan keputusan CGPA 3.39 di Kuala Lumpur MetropolitanUniversity College (KLMU) .Seterusnya, saya menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Dan Pembagunan Usahawan pada tahun 2009 dan tamat pengajian pada tahun 2012 dengan keputusan CGPA 3.31 di IPT yang sama.

Kerjaya Sebagai Perunding Kewangan Islamik

Kerjaya sebagai Perunding Kewangan Islamik bermula pada tahun 2008. Bermula sebagai pelabur tegar unit amanah , akhirnya saya mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya ini bersama CIMB Wealth Advisors Berhad.

No comments:

Post a Comment