Preserve Wealth with Islamic Estate Planning


WASIAT

Apa itu Wasiat?
Wasiat adalah satu deklarasi semasa hayatnya ke atas harta atau manfaatnya untuk kebajikan atau tujuan lain yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam yang berkuatkuasa selepas kematiannya.

Autoriti Wasiat
Diriwayatkam daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
 “ Bukankah seorang Muslim yang sebenar mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk tidur dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepalanya.”
Petikan dari Sahih Al-Bukhari  (Jilid IV M.s 1 )

Orang Yang Perlu Menulis Wasiat
Oleh kerana bukan waris (sama ada Islam atau Bukan Islam) boleh mendapat manfaat  melalui Wasiat orang Islam yang mempunyai aset dan mahu memberi  kepada orang yang berikut di bawah Wasiat  tidak perlu berlengah lagi untuk menulis Wasiat:
  • ·         Cucu
  • ·         Anak Angkat
  • ·         Ibu Bapa Angkat
  • ·         Sahabat Karib
  • ·         Masjid
  • ·         Organisasi Kebajikan
  • ·         Rumah Anak Yatim
  • ·         Ibu Bapa Bukan Islam
  • ·         Ahli Keluarga Bukan Islam
  • ·         Bekas Sekolah Atau Universiri
  • ·         Hospital
  • ·         Anak Bukan Islam Dari Perkahwinan Terdahulu

·         Kelebihan Menulis Wasiat

    ·       Mempercepatkan proses pembahagia harta
Apabila seseorang meninggal dunia, semua aset akan dibekukan.Pembahagi
kepada waris hanya boleh dibuat apabila Probate atau Surat Kuasa Mentadbir
diperoleh daripada Mahkamah Tinggi. Tanpa Wasiat, Bon Pentadbiran dan penjamin
diperlukan serta sebelum pembahagian harta boleh dilakukan.
·         Mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga
·         Melantik Wasi yang boleh dipercayai untuk mentadbir aset samada terdiri daripada individu atau Syarikat Amanah.
·          Melantik pejaga harta untuk kanak-kanak.


WASI & PENTADBIRAN 
HARTA PUSAKA



Seseorang akan meninggal dunia dengan Wasiat atau Tanpa Wasiat


  • ·         Apabila meninggal, kesemua asetnya akan dibekukan dan benefisiarinya tidak boleh menggunakan aset tersebut sehingga mendapat kebenaran daripada Mahkamah.
  • ·         Untuk mendapatkan semula aset tersebut, wakil si mati perlu memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan autoriti yang diperlukan.
  • ·         Wakil tersebut dikenali sebagai Wasi di dalam Wasiat dan Pentadbir bagi pusaka yang tidak berwasiat.
  • ·         Memilih Wasi dan Pentadbir yang betul/ berkelayakan akan menjamin pembahagian harta diuruskan secara professional dan keluarga akan dijaga rapi. Pilihan yang salah akan menyebabkan segala urusan tidak teratur dan berada dalam keadaan kelam kabut.


 Di As-Salihin, kami menerima perlantikan sebagai Wasi di dalam Wasiat dan juga
Pentadbir kepada pusaka yang tidak meninggalkan Wasiat.


As-Salihin diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta
Syarikat Amanah 1949, tertakluk kepada peruntukan undang-undang untuk memberi
perlindungan kepada benefisiari di bawah tanggungjawabnya.

Perkhidmatan As-Salihin Sebagai Wasi Di Dalam Wasiat

  • ·         Permohonan Probate daripada Mahkamah Tinggi – melantik kami sebagai Wasi dan proses pengurusan harta simati hanya mengambil tempoh yang singkat.
  • ·         Perlaksanaan terma di dalam Wasiat anda secara berkesan.
  • ·         Memastikan pembahagian Harta mengikut setiap arahan di dalam Wasiat anda.
·         Memastikan pembahagian aset tersebut mengikut Faraid.

Perkhidmatan As-Salihin Sebagai Pentadbir Untuk Harta Tanpa Wasiat

  • ·         Permohonan Surat Pentadbiran daripada Mahkamah Tinggi – ini boleh mengambil masa yang lama jika tidak dikendalikan oleh pakar seperti kami.
  • ·         Pembahagian Harta tanpa Wasiat dengan pantas dan cekap.
  • ·         Mengelakkan bebas proses pentadbiran.
  • ·         Memastikan pembahagian Harta mengikut Faraid.
  • ·         Dengan melantik kami sebagai Pentadbir, tiada bon pentadbiran yang diperlukan oleh penjamin untuk melaksanakan Pentadbiran harta simati.





HARTA SEPENCARIAN


Apakah Harta Sepencarian?
Harta yang diperoleh oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap “ Harta Sepencarian”. Oleh itu pasangan suami/ isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dibuat.

Perkhidmatan Harta Sepencarian Di As-Salihin
Kadang-kadang berlaku keadaan di mana benefisiari simati tidak beretuju dengan tuntutan Harta Sepencarian oleh pasangan suami/isteri selepas kematian Suami/Isteri. Untuk mengelakkan masalah ini atau lain-lain masalah yang tidak diingini berlaku di kalangan benefisiari selepas kematian, As-Salihin menyediakan dokumen yang mampu mengelakkan masalah-masalah yang tidak diingini ini berlaku.

Kelebihan Membuat Deklarasi Harta Sepencarian

  • ·         .Kedua-dua belah pihak membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.
  • ·         Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang depersetujui dalam deklarasi tanpa pertelingkahan.
  • ·         Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke Mahkamah .
  • ·         Tiada pertelingkahan kerana Deklarasi merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak.
  • ·         Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. As-Salihin membuat Deklarasi Harta Sepencarian mengikut pembahagian yang telah mereka persetujui.

PRI-HIBAH (DEKLARASI HIBAH)
Prihatin terhadap waris dengan pemberian secara Hibah

Apakah Hibah?
 Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada sebelah pihak (
penghibah ) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima hibah) .” Pri-Hibah”  adalah
produk As-Salihin  yang menggunapakai “Hibah” sebagai  satu mekanisme untuk menjamin hak
anak-anak setlor. Ianya adalah satu pemberian.

Deklarasi Hibah
Deklarasi Hibah ialah satu deklarasi yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa
beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk
kepentingan benefisiari. Ianya adalah dokumen bertulis yang syarat dan terma penghibah
memegang aset tersebut.

Ciri-ciri Pri-Hibah Di As-Salihin
  • ·         Berkuatkuasa serta –merta selepas deklarasi dibuat.
  • ·         Pemberian daripada ibu/bapa kepada anaknya.
  • ·         Pemberian boleh dibatalkan oleh ibu/bapa.
  • ·      Tidak tertakluk kepada hokum Faraid akan tetapi mengikut terma dalam Deklarasi Hibah.

                                
Kelebihan Membuat Pri-Hibah
ü  Aset Pri-Hibah tidak dianggap harta pusaka penghibah ( kerana ia memberi kesan serta-merta mengikut terma da syarat di dalam Deklarasi Hibah). Oleh itu, ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrument untuk membuat pembahagia samarata untuk anak-anak.

ü  Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.

ü  Setlor boleh memastikan benefisiari dijaga walaupun beliau dalam keadaan yang tidak berupaya.

ü  Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga kepada manfaat kanak-kanak tersebut.

** Deklarasi Hibah hanya boleh dibuat sekiranya anak tersebut boleh menerima manfaat aset tersebut semasa deklarasi dibuat.





 



No comments:

Post a Comment