TAKAFUL
Takaful merupakan skim saling bantu membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaaduan persaudaran dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membayar sumbangan berdasarkan Tabarru’ ( menderma) ke dalam dana, iaitu Dana Risiko Peserta yang akan digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan.. AIA AFG Takaful Berhad, sebagai Pengendali Takaful adalah sebuah syarikat takaful yang diamanahkan untuk melabur wang peserta dengan sewajarnya dan menguruskan dana ini menurut strategi pelaburan yang dilunaskan dengan prinsip-prinsip syariah.
Definisi Takaful
Begitu juga, jaminan bersama yang mejadi nadi dalam konsep takaful boleh diterjemahkan dalam mengendalikan operasi perniagaan atau transaksi komersil disektor 'Tijari' atau sektor swasta sebagai salah satu pemain kewangan Islam dalam pasaran ekonomi. Dengan cara ini, seperti perbankan, takaful boleh menjadi alternatif kepada insurans konvensional. Di bawah sektor Tijari, orang ramai sebagai pengguna mempunyai hak untuk memilih jenis produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka.
Produk-ProdukTakaful Di Bawah AIA AFG Takaful Berhad
Antara produk-produk menarik yang disediakan di AIA AFG Takaful Berhad ialah :
- · A-Excel
- · A-Mas
- · A-Medik
- · A-Prima
A-EXCEL ( Pelan Perlindungan Takaful Dan Simpanan )
Setiap individu pasinya mempunyai Impian Kewangan tersendiri. Impian kewangan kita tidak akan terhenti walaupun kita telah melangkah ke satu fasa hidup yang berbeza. AIA AFG Takaful Berhad telah menyediakan satu Pelan Perlindungan Takaful dan Simpanan yang dikenali sebagai A-Excel. A-Excel boleh membantu anda mencapai Impian Kewangan seperti pelan persaraan, dana pendidikan anak-anak, modal perniagaan, simpanan mengerjakan Haji/Umrah dan sebagainya .
Penerangan Mengenai A-Excel dan Peranannya
A-Excel adalah pelan takaful caruman tetap yang akan matang di hujung tahun ke 20 sijil dengan bayaran caruman selama 20tahun.Ia menyediakan perlindungan takaful diatas kematian ataupun orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Caruman yang dibayar untuk pelan ini akan diperuntukkan ke dalam Akaun Peserta selepas potongan Yuran Wakalh, iaiti uuran muka daripada peratus caruman yang dibayar . Caj- caj Tabarru’ akan dipotong daripada Akaun peserta secara bulanan dan disalurkan ke Dana Risiko Peserta. Dana Risiko Peserta akan digunakan sebagai bantuan dan pertolongan bersama peserta lain yang memerlukannya berdasarkan konsep Takaful. Jika Dana Risiko Peserta tidak mencukupi untuk membayar faedah takaful. Penegendali Takaful akan menampung kekurangan itu dengan memberi pinjaman kebajiakn ( Al-Qard Al-Hassan ) dan amaun ini akan dibayar semula kepada pihak Pengendali Takaful tanpa sebarang keuntungan apabila Dana Risiko Peserta mencukuoi sebelum sebarang pengagihan lebihan pengunderaitan dibuat.
FAEDAH A-EXCEL
Apakah perlindungan/faedah yang disediakan?
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pelan ini menyediakan:
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
• Faedah Kematian
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
No comments:
Post a Comment